Jul 2, 2010

Father's Day untuk "ABAH"

Ehehehe.. dah nak masuk July dah kan. Tapi baru ada kerajinan nak tulis entry pasal Father's Day. To talk bout Father's Day... yes siyesly memang im a little in between, sedih dan gembira.

Why sedih? Becoz this is my 3rd year tanpa abah tersayang. Abah yang banyak berkorban untuk kami adik beradik. I missed him every single days.. rindu senyum tawa abah, usikan abah, teguran abah and everything about abah. Abah.. Angah rindu!

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas.. 
tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa...
...
Apa daya Allah lebih menyayangimu..

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa....

Time2 ni lah terimbau...

Teringat masa sekolah rendah dulu, abah hantar gi skul naik vespa abah.. vroom vroom!! 

Teringat masa skul dulu abah slalu bawak karipap dan air bungkus pegi kerja untuk jual kat kawan2 sebab nak carik duit tambahan untuk sekolahkan kami 5 beradik, 2 orang lagi adik mama, 2 orang anak buah abah yang dah kehilangan parents sedari kecik. Tapi abah sket pun tak pernah mengeluh.

Teringat masa skul dulu abah pernah kata "Kalau anggah nak skul pandai2.. abah sanggup jual spenda!".. 

Teringat dulu, abah jarang nak marah or hambat kami adik beradik. Tapi bila skali skala abah marah, teruk jugak kami kena. Tapi lepas kena hambat.. abah mesti pujuk balik, talk nicely.. gosok2 and letak ubat kat tmpt yg abah pukul.

Teringat masa skul dulu, if abah takde duit nak bagi duit belanja skul, kami tak kisah. Yang penting abah anta gak gi skul.

Teringat dulu masa skul kat kuale (Kuala Kangsar), abah hantar dan ambil setiap cuti penggal naik bas. Dari Klang abah naik bas, then jalan kaki ke Puduraya. Then naik bas sampai pekan kuala before another bus trip to Vocasional Kuala Kangsar kat Padang Rengas. dari bus stop abah jalan kaki masuk another 10 mins ke pagar sekolah. Pastu untuk sampai ke asrama, abah kena jalan kaki approximately another 15 mins to asrama. Jauh kan! tapi itulah yang abah buat setiap kali ambil dan hantar angah ke asrama. Sampai lah 2nd penggal form 5, baru abah bagi angah balik sendiri with kawan naik bas ke Klang. 

Teringat dulu masa along masuk sepital operate tumor kat kepala dia. Abah hari2 ulang alik dari sijangkang ke Hospital Besar KL naik bas selama beberapa bulan along kat sana. Abah selalu bawak angah naik bas mini.. redah chow kit utk pergi ke hospital. Hari-hari tau abah pegi.

Teringat dulu masa along major operation, abah mintak angah cuti skul seminggu untuk tolong jaga along kat ward, sebab owang lelaki tak leh tunggu dlm ward sampai malam. Lewat malam angah pandang keluar tingkap ward, angah tgk abah tido berembun kat kaki lima ward neurologi tu. Angah suwoh abah gi rehat kat surau hospital tapi abah kata.. nanti kalau ada pepehal angah susah nak carik abah. So abah tido kat situ senang angah nak carik huhuhu... berhari2 abah tido kat kaki lima hospital.

Teringat dulu masa first time abah benarkan angah keluar sendirian dengan kawan2 masa form 3, before masuk asrama. Bila angah balik, abah takde.. mama cakap pi carik angah (masa tu manade henpon seme bagai), tanya kawan2 angah yang abah kenal . Bila abah balik, instead of abah marah.. abah datang dekat gosok2 paler angah tanya angah gi mana. Abah kata abah risau sbb angah tak pernah kuar camtu sebelum ni. 

Teringat dulu abah hantar angah naik teksi gi ke Terengganu masa dapat masuk ITM (UiTM). Abah tak leh lama, sbb bayo teksi mahal. Masatu angah rasa Terengganu ni macam kat luar benua je (first time sampai Terengganu seh!) Masa abah masuk kuarkan beg angah dari boot cab tu raser cam nak terojun masuk dlm boot teksi tu jer ikot abah balik huhuhuh.

Teringat dulu bila balik kerja, masuk dapur mesti abah dah siap masak and suwoh angah makan. There was few occassions where angah balik tak terus makan, abah mesti akan tanya "Angah dah makan ke?". 

Teringat dulu setiap malam mesti angah akan tido kat bilik abah dulu. Pastu nanti bila abah masuk bilik and kejut baru angah masuk tido bilik sendiri. Kalau tak.. kompom angah susah nak tido hehehe. Rindu bau selimut abah!

Teringat dulu.. "Ngah dah tido ke? Meh lah teman abah tgk tv".. bila angah seringkali balik kije lepas makan mandi terus memerap dalam bilik. 

Teringat dulu.. suka usik abah, geletek abah, berebut nak tido bawah ketiak abah. Masa tu dah kerja dah pun tapi masih suka tido ngan abah berebut dengan abangcik.

Teringat dulu, tak boleh tengok abah luka.. walaupun terkena pisau. Benci sangat!

Teringat lagi abah masuk hospital seminggu sebelum pernikahan angah Doctor kata tak dapat buat apa-apa lagi dengan keadaan abah. Abah mengalami kerosakan hati yang teruk.

Teringat lagi sehari sebelum pemergian abah, angah baru sebulan bernikah.. angah datang hospital dgn  menantu abah (suami angah) dan abah masih mampu tersenyum dan berseloroh. Abah kata "Hensem menantu abah".. masa bersalam dengan suami angah. Abah masih cuba tertawa dan berjenaka.

Abah kata abah tak sakit... tapi badan abah lesu sangat. Abah nampak susut tapi raut tua masih terus tersenyum dan cuba mengembirakan kami.

Teringat lagi saat sebelum abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Adik abah kata, abah nazak selepas menunaikan solat subuh. Abah dah tak kenal kami dah masa kami sampai. Angah tak sanggup nak tenung wajah abah. Angah takut tak dapat redha nak lepaskan abah pergi.  Terukkan angah.

Allah lebih mengetahui.. abah menghembuskan nafas terakhirnya ketika angah dalam perjalanan jemput along and abangcik kat skul. Seandainya mungkin angah kat sana, mungkin sampai sekarang  angah tak  tak redha  nak lepaskan.

"Ya Allah.... cucurilah Rahmat-Mu keatas roh abah ku, Mohd Ariffin bin Ahmad. Terlalu besar pengorbanannya, kasih-sayangnya... terlalu murni hatinya.. terlalu istimewa kehadiran kepada ku Ya-Allah."




7 comments:

  1. Aku tulis, aku check balik, aku baca lagi.. pun air mata aku tanak benti2 :(

    ReplyDelete
  2. gurl...sedey lah...hiba hati masa baca....iyelah aku kenal arwah..mmg baikhati/sporting sgt arwah....:(
    btul2 menusuk dikalbu......... - siti nazariah

    ReplyDelete
  3. n3 td x masuk ker????
    ulang type balik ler...

    aduh sedey & hiba hati aku baca catatan ko....lagi2 aku kenal arwah abah n arwah mmg baik/sporting giler...
    bergenang skit air mata aku towards the end biler baca.....
    alfatihah......
    -siti nazariah-

    ReplyDelete
  4. salam singgah..
    sgt sedihla entry ni,...
    i pun sudah kehilangan bapak hampir 6 tahun...
    sedihnya....

    ReplyDelete
  5. walau terlambat nk komen... alfatihah ... akak ank yg baik dn utung dpt rasa kasih syg ayah...

    ReplyDelete

Nak joen gak: