Aug 29, 2010

Bila berjanji, Tunaikanlah

Salam Ramadhan.  Sekadar perkongsian ilmu dan peringatan untuk diri sendiri.

Agama Islam adalah satu-satunya cara hidup menepati kehendak fitrah manusia, dimana salah satu aturannya ialah menepati janji. 

"Janji" bermaksud kesediaan dan persetujuan untuk melakukan, tidak melakukan, memberi, mendapatkan dan menjadikan sesuatu, benda atau keadaan. Kesediaan itu biasanya berkaitan tempoh masa tertentu akan datang atau selepas itu. 

Firman Allah bermaksud: "Wahai mereka yang beriman! Sempurnakan janji-janjimu." (Surah al-Maidah, ayat 1)  

Sebagai umat islam kita disuruh dan diajarkan untuk mengucap ‘Insya Allah” pada kala setiap kali kita berjanji. Dengain itu juga kita sering melafazkan "Insya Allah" sebagai perkataan yang sangat biasa untuk di dalam ucapan. 

Tetapi persoalannya, sejauh mana iktikad azam kita dlm memenuhi apa yang kita janjikan itu. 

Jangan berjanji seperti Munafiq

Pentingnya menunaikan janji sebagai akhlak orang mukmin.

Sabda Rasulullah bermaksud:

“Tiga perkara sesiapa yang berada dalam dirinya, maka dia munafiq, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya Muslim. Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri janjinya dan apabila dipercayai dia khianat” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)  

Sikap memegang janji perlu diutamakan bagi menjaga hubungan baik sesame manusia. Sesungguhnya apabila membuat janji, bermakna terbentuk satu tanggungjawab melaksanakannya. Tanggungjawab samalah dengan amanah, yakni perlu dilaksanakan sedaya mungkin. 

Menepati janji membentuk satu amalan saling menghormati sesama manusia.   Sesungguhnya islam amat mengambil berat dalam soal janji,samada janji antara seorang muslim dengan yang lainnya atau janji seorang hamba dengan allah s.w.t.Betapa beratnya perbuatan tidak menepati janji sehingga Rasulullah s.a.w menyamai nya sebagai salah satu sifat orang-orang munafiq.
Kekuatan kita di antara lain diasaskan dengan berpegang teguh dengan tali Allah (sebagai hamba) dan tali manusia (sesama manusia). Tali dengan sesama manusia itu janji.

Katakanlah Insya Allah dengan iktikad

"Insya Allah" bererti "jika Allah menghendaki". Dimana menunjukkan bahawa kita tidak tahu masa hadapan, apa yang berlaku kepada kita. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa manusia mampu merancang tetapi hanya Allah yang menentukan.

Dengan demikian, lafaz Insya Allah menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekaligus kesedaran akan kekuasaan Allah.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (Al-Kahfi 23-24)

Perlu difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, manakala ucapan “Insya Allah” itu adalah suruhan Allah dan RasulNya ketika berjanji, sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur‘an dan hadith Rasulullah s.a.w.

Ini bererti ucapan “insya Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah semata-mata. Bahkan perkataan “Insya Allah” itu hendaklah disertai dengan iktikad dan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang munafiq.

Setiap manusia harus berfikir dan merancang, dan harus sedar bahawa sebagai manusia kita boleh berfikir dan merancang dengan betul dengan  pertolongan dan taufiq dari Allah. Lafaz “Insya Allah” ini juga bukan untuk membawa seseorang menjadi malas, lemah dan  berlengah-lengah, sebaliknya ia menambahkan keyakinan, kekuatan, ketenangan dan keazaman yang kuat dalam melaksanakan perkara baik yang dijanjikan itu.

Sekiranya apabila perjanjiannya telah cuba dilaksanakan dengan baik dan tertib tetapi terhalang untuk ditunaikan, barulah ini menunjukkan bahawa Allah merancangkan sesuatu yang lainnya dimana hendaklah dia menerimanya keputusan Allah itu dengan penuh keredhaan,ketenangan dan penyerahan diri. 

Tetapi Janji wajib ditunaikan hanya bagi maksud kebaikan. Janji melakukan keburukan haram diucapkan dan haram ditunaikan.

Justeru itu jangan lah kita berlenggah-lenggah diatasan urusan janji yang telah dilafazkan dan menggunakan lafaz "Insya Allah" sedangkan tiada azam untuk melaksanakan sebagaimana janji yang telah dilafazkan. 

Wallahu ‘alam, Allah lebih mengetahui.

*Suntingan dari:

No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: