Oct 5, 2010

Lelaki tua dengan basikal..

Pagi tadi kat trepik light bt 5 Johan Setia...

"Eh ada lagi orang tua ni? Lama tak nampak dia"... gumam aku sowang2 dlm kete sambil Mya memandang terkelip2.. berfikir kot "Apelah bonda aku ni ckp sowang"..

Dah lama dah aku tak nampak apek tua warga emas ni. Ada dalam 3 tahun kot. Dulu slalu terserempak dia naik basikal sambil penuh muatan kat seat belakang basikal tu with botol2 plastik lah, kadang2 tu surat khabar lama, pucuk2 sayur mcm ubi or kangkung. Kadang2 nampak dia berhenti tepi jalan raya pegi kutip kangkung yang sihat2 belaka kat  parit besar tu.

A hard way to earn a living but, riak muka dia yang soft tu sentiasa nampak tersenyum walaupun tak senyum. Tak kelihatan riak stress or muka bermasalah or keruh, melainkan raut yang teduh, tenang dan mendamaikan.

Hari ni pagi ini sekali lagi.. aku nampak dia berkayuh basikal, tenang dan berhati2 ketika berselisih dengan kereta dan lori yang berlumba2..

Wajahnya masih macam dulu....teduh dan tenang... Sejuk hati memandang.

Walau berlainan bangsa dan agama, aku sentiasa doakan keselamatan orang tua tu walau dia mana dia berada.. dan terima kasih diatas kedamaian kat wajah nya yang secara tak langsung mendamaikan mata yang memandang.

No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: