Nov 25, 2010

Dare to Blog - Day 1 (Aku dan 16 Fun Facts)


Aku adalah aku yang punya 2 orang anak2 comei, si abang Aidid dan si adik Mya. Simple person tapi kengkadang tu philosophical sket . Kalau aku ni benda,  mesti aku dah jadi "Le Penseur" (The Thinker) versi perempuan. Nak berkenalan dengan Le Penseur?? ni hah dia. Sebab aku ni suka berfikir sampaikan benda tak perlu pikir pon aku nak pikir. Lemauu!!

Le Penseur by Auguste Rodin
16 Fakta menarik/kurang menarik tentang diri aku yang mungkin ada yg berminat nak tau. Yang tak berminat pun aku nak bagitau gak:

1. Aku suka membaca... iye betul.. aku memang suka membaca. Aku pun memula macam tak picaya yang aku ni suka membaca. Tapi memang aku sukaa!!!

2. Dari kecik aku mmg kuat menangis.. tapi bila marah or sakit hati dah over the top.. aku tak leh nangis pulak.  Aku pun tatau kenapa. 

3. Aku suka buat kukis dan makan kukis. Aku suka buat kek dan makan kek. tak caye kalu.. tgk kat sini http://sweetoothy.blogspot.com. 
       dah percaya dah??

4. Aku lefthanded dan aku tak boleh tulis straight. Tapi aku boleh tulis secara terbalik. 

5. Aku tak boleh tulis kat whiteboard unless ada orang yg nak baca tulisan kebawah. Silah percaya.

6. Aku boleh memasak 4 jenis lauk dlm masa satu jam. Tapi aku tak yakin boleh habiskan lipat sebakul kain dlm masa 4 jam.. 

7. Aku tak pernah amik ape2 kursus tentang IT or Programming or anything similar to that. Tapi takat nak tweet application untuk menyukakan hati aku, install unauthorised hardware or software, remote pc orang, godam file orang, memandai2 install network connection, menjahanamkan html coding sedia ada,  violate and abuse co. nye IT policies, misuse the facilities.. aku rasa tu talent semulajadi.

8. Aku suka Wiki dan isi perutnya.

9. Aku tak minum carbonate drink and kurang minum air manis. Aku tala 2 botol mineral water satu hari. Kat rumah aku air masak cuma utk buat susu anak je. 

10. Clumsy tu 2nd name aku. Taun lepas je aku 5 kali tukar henpon kot. Henpon masuk jamban 2 kali.. henpon hilang tah bape kali. Patut kena hempuk je kan? Dan disebabkan itu juga, aku telah mendapat larangan keras untuk tidak membeli henpon yang berharga lebih dari RM300.

11. Bila aku tgh buat kerja depan PC aku slalu kena tegur... masuk je lah dlm PC tu. 

12. Andai ada gossip2 terbaru kat opis ni.. kenapa aku slalu jadi orang yang terakhir dapat tau ek? Mungkin parabola astro aku pasang tak cukup tinggi kot.

13. Aku suka kasut. Suka beli kasut. Tapi hari2 pakai kasut yang sama je.

14. Aku tak pandai makan kway teow. Nak eja mendealah tu dengan betul pun aku tatau. 

15. Aku tak boleh terperap dalam rumah lama-lama. Boleh gila rasanya.

16. Aku suka mengigit... ooppssss!!!



Dare to Blog (Cabaran Berblog 30 hari)


 
 

2 comments:

Nak joen gak: