Nov 28, 2010

Ink of Life (4) – Dialog hanya A.K.U

 

 

A: Kenapa kau camni?

K: Aku kecewa.

U: Aku benci.

A: Kecewa dan benci pada sapa?

K: pada dia dan dia

U: Pada dia yang memiliki, dan pada dia yang nak menakluki.

A: Tapi kenapa?

K: Sebab dia dan dia sama je.

U: Sebab dia dan dia serupa.

A: Harapan kau tinggi sangat mungkin?

K: Salah ke aku kalau nak di pimpin?

U: Salah ke aku kalau harapkan dahan berpaut?

A: Apa yang kau rasa?

K: Aku rasa nak menjerit dan menangis.

U: Aku rasakan ngilu belati kat setiap nadi. Aku rasakan racun menjalar sekujur jasad babe.

A: Bukan ke kau kata kau kuat?.

K: Ah aku tipu. Semakin aku kata aku kuat, semakin aku rasa hati aku mati. Aku tak nak hati aku mati.

U: Kau ingat akan ada yang simpati bila tengok aku menangis?

A: Kenapa kau tak Walk Off je?

K: Dari dia? bukan pilihan mudah. Dari dia? aku tak dapat cara mudah gak.

A: Tapi kau tau siapa DIA yang terbaik kan.

K: Hmmm.. aku tau.

U: DIA yang sentiasa dekat pada aku.. walaupun aku jauh.

A: Kau tau bila nak kembali kan?

K: Aku tau, DIA sentiasa tunggu aku kembali.

U: Dan DIA tak pernah halau aku pergi.

 

 

Aku: ……………..ok boleh senyum lagi….

 

No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: