Nov 21, 2010

Kekanan Tidak Kekiri Pun Tidak

Monolog....
Kalau dulu, 5 tahun dulu mungkin dalam keadaan ni aku pastinya just walk off and walk out tanpa pandang kebelakang. Sebab itulah aku yang "Degil" bagai kata seorang kawan. Ya, aku degil aku keras hati aku tegas. Dan kerana sikap2 itu jugak lah aku menjadi diri aku. Yang sering tetap dengan hitam dan putih keputusan aku dan tak takut dengan risiko yang datang walaupun mengecewakan atau dikecewakan.  Aku lebih rela kecewa kejap pastu blah dari mengharap sesuatu yang aku tau tak leh diharap.

Tapi tu dulu.

Sekarang...

Aku bukan lagi yang dulu dan tak boleh jadi mcm dulu. Walk out bukan lagi pilihan mudah.. walk off bukan lagi pilihan bijak. Kalau dulu, aku yakin dgn setiap keputusan aku yang menjadikan aku lebih kuat dan tabah. Tapi sekarang ni setiap keputusan menjadikan aku makin lemah dan terduduk.

Buntu.... perkataan tu yang kerap muncul dlm benak. Jalan mana nak pilih pun aku dah blur. Kanan atau kiri tak menjanjikan kekuatan dlm diri aku.

Raser cam nak rejam je syaitan2 itu...


No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: