Dec 16, 2010

Segmen: Dulu Aku Nakal

 

 

Oh hari ni nak joen segmen broben again. Segmen2 santai camni aku rajin sket.. tak perlu nak cracked head sgt. tapi kena jawab soklan interview la pulak.. Layannnn!

 

 

Nama sekolah rendah dan sekolah menengah  termasuk tahun

Primary - Sekolah Kebangsaan Sijangkang, from  1985 to 1990 (aku siap kira balik tahun tuh, jgn tak caye.. sebab aku dah lupa)

Secondary  - Sekolah Menengah Telok Panglima Garang, from 1991 to 1993, then masuk Sekolah Menengah (V) Kuala Kangsar, from 1994 to 1995. So? pernah satu skul ke kita agak2nye?

Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi

Oh banyakkkk… Pasukan Bola Jaring, Sukan Balapan, Kelab Catur, Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Kadet Bomba and Kelab Teater. Eh 7 jer???  idok ler banyak mane.

Jawatan yang di sandang dulu

Komanden Kadet Bomba Sekolah, Pengawas Sekolah, Setiausaha Pasukan Kadet Bomba… erkk itu je kot yang mampu aku ingat.

Nama guru kesayangan korang

Semua cekgu cekgi saya sayang.. tapi mahap yer cekgu, nama mang tak hengat. Sydrome lupa name kot. Tapi saya sayang cekgu seme (skema tetiba?)

Subjek paling disukai dan tak suka

Paling ske subject seni lukis lah.. walaupun aku lah paling vunguk bab main ngan kaler2 nih. Tapi biologi pun aku ske sgt. Siyes… tak tipu!

 

Kawan baik masa sekolah

Ala-ala sorority club la gak konsep nye dolu2.. timah, izan, ikin, yati. Pastu kat boarding skul kawan paling rapat was Fida. Till now pun masih berkawan.. i sayang u, u sayang i kan kan kan.

Cita cita masa sekolah dulu

Silalah gelak2 sambil tutup mulut ok.. dulu dlm kad laporan tahunan aku dia letak 3 ruang pilihan cita2. kowang nya ada tak? aku ada woo and ingat lagik.. sebab time nak isi kompom aku angan2 dulu. Setiap taun cita-cita berubah.. bley? hahahah.. antara yang aku leh ingat nak jadi pramugari lah, angkasawan lah, inspektor polisia.. tapi tak pernah pulak aku tulis nak jadik pegawai kerajaan.

 

Artis feveret masa sekolah dulu

Oh dulu aku layan Ajin Blackrose nyanyi lagu Penantian.

 

Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah

Antara yang aku tak leh nak lupa.. masa aku dicalonkan untuk temuduga jadik pengawas sekolah. Hoh! sampai sekarang aku tatau sapa punya angkara  submit nama aku nih.. haisshh!

Dah la temuduga aku antara yang terlama okey, menghadap panel judge rasa cam  kena dengar hukuman bunuh dijatuhkan. Pastu soklan terakhir cikgu Mat tanya aku.

“Kenapa awak nak jadi Pengawas Sekolah”

errkkk.. sememangnya aku TANAK jadik pengawas ok! sebab personally bagi aku pengawas adalah kata ganti nama lain bagi Mawas yang mengganas.  Dan aku pulak antara yang tak suka pakai anak tudung, tak suka  kelepet tudung, tak suka pakai setoken, tak suka tied my show lace (time ni fofular anyam2 tali kasut which was not allowed at school), suka ngelat time riadah, suka menyorok time roll-call (malas nak turun punya pasal) and etc, atau dengan kata lain aku ada strong character to disobey rules!.. and tentu lah pastinya tak suka sesangat kena kacau dengan Mawas2 itu.

Tapi aku cuba still mengkontrolkan diri dan menjawab dengan sopan, walaupun aku rasa jawapan aku tu mungkin dikategorikan antara yang ala-ala vunguk untuk didengari oleh cekgu2 kanan sekolah tu.

“Eh, tapi saya tak mintak pun. Saya tak nak jadi pengawas. Saya pun tatau macam mana nama saya boleh tersenarai”.

Dua minggu lepas tuh… erkk.. aku kena gak pakai uniform putih bertudung biru dan berkasut hitam. Choi kuasa kuda ok!

Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan

Sarung uniform sekolah balik dan masuk kelas macam dulu2, main lari2 kat padang skul macam dulu2. But what i loved the most was, the moments i shared with my not  only Malay, but also Chinese and Indian friends. Gi kelas sama, study sama, main sama, sukan sama, lepak kat corridor sama-sama2, ponteng kelas sama-sama (ooppss! itu aku je kot hehehehe),  kacau orang sama-sana, buat bising sama-sama, aku gelakkan kau, kau gelakkan aku, pastu kena marah sama-sama, berdiri atas kerusi sama-sama.   Menyampah kat cekgu Salaton sama-sama (yer.. aku gelakkan kowang, tetiba aku laks kena joen korang berdiri sambil geget pen).

.. siyesly we dont care much whether it Malay, Chinese or Indian. We dont give a damn what race were we belong.. yang kitowang tahu satu jer. Kau KAWAN, aku KAWAN, kita KAWAN. Yes, i miss that damn lot!

Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )

Masa sekolah rendah dulu I was sat  beside a boy called ZAMIMI. One fine day yg tak so fine, Zamimi tgh nak duduk kat kerusi dia, budak setan kat sebelah dia ni pi lunjur kan kaki and pull out the leg of his chair.   Meja sekolah kitowang pulak masa tu yg ada laci tertutup kat bawah and we usually tinggalkan all our text book dlm tu.  Nak dijadikan cerita masa nak jatuh dari kerusi tu, Zamimi sempat berpg pada meja dia… tapi ituah yang dikatakan SUDAH JATUH DITIMPA MEJA DAN DITIMPA BUKU-BUKU TEKS sekali. oh kesian… dan aku yang kat sebelah nya tu, secara otomatiknya terus mengeras. Tau pulak kau panic yer budak setan!

Tapi aku nakal sikit-sikit je thau!… bukan aku yang calarkan kete cikgu XXX tu dulu.. betul! aku tak tipu.. aku cuma pancitkan tayar dia je. Sbb aku tak jumpa syiling masa tu cuma ada tutup pen kilometrico je.

 

Sekarang tak nakal lagi dahhh….

10 comments:

  1. HAHAHA leh palk ckp cmtu eh cmne nm leh tersenarai jd pengawas. haha XD
    tp jd gk last2.
    tu laa ejek org lg dea pon kene bediri ats kusi.
    hah ad pancet kan tyr kete cikgu ke..
    pasl x jumpe duat syiling je? pelik!

    ReplyDelete
  2. hehehe.. sebab kitowang calarkan kete cekgu ngan duit syiling.

    ReplyDelete
  3. memang nakal sampai ak calarkan kete cikgu....ishk...

    salam blogwalkign sini....huhu

    ReplyDelete
  4. salam dari blog abg ben

    folow ur blog :)

    ReplyDelete
  5. singgah dr segmen BA, nak tgk sape paling nakal.. ^^

    ReplyDelete
  6. thanks u'ols.. itu kisah dolu2.. kini tidak lagi :D

    ReplyDelete

Nak joen gak: