Dec 10, 2010

TERIMA KASIH

Oh dah beberapa ketika aku mengisolasikan diri dari beberapa segmen by Bro Ben. Hmm.. mungkin aku ni a bit selective sket  kot memilih segmen yang aku selesa. Or kebarangkalian besar kemungkinanya adalah disebabkan  aku sendiri yang sering ketandusan idea.

But today’s nye segmen, Terima Kasih bro... i loike! But caution, this will be a long entry. Jangan malas.. baca sampai habis! hahahaha..


Satu peristiwa yg aku tak leh lupa? senang cerita.. satu orang yang aku tak leh lupakan dan tak pernah aku rasa cukup nak ucapan Terima Kasih, (which selalu sebenonya aku selalu sgt terlupa nak ucapkan Terima Kasih tu huhuhuh) adalah Arwah En Mohd Ariffin bin Ahmad… yes.. he is my late father. 

Terlampau banyak rentetan peristiwa demi peristiwa, dan tak pernah cukup puas aku nak mengucapkan terima kasih aku pada Abah. Terima Kasih abah! aku pernah blog about him masa father's day haritu here.

Terima kasih abah untuk setiap kali abah hantar dan ambik angah kat asrama dengan naik bas je to and fro Kuala Kangsar and Klang.

Terima kasih abah sebab abah sanggup jalan kaki dari bustop dan berjalan sejauh lebih kurang 15-20 minit kepagar asrama sekolah setiap kali abah datang jumpa angah or jemput angah time cuti penggal.
Terima kasih abah, bila malam2 abah sapukan ubat / minyak kat betis / belakang badan angah yang birat setiap kali selepas angah dapat habuan dari mama.

Terima kasih abah, sebab bersusah payah sokong angah, tak pernah berhenti bagi semangat untuk angah belajar.. walaupun keadaan masa tu sangat lah sukar dan jerih. Angah akan sentiasa ingat masa abah cakap “Kalau angah nak belajar sungguh2.. abah sanggup jual sependa abah kalau pun itu je yg tinggal”.

Terima kasih abah, atas pengorbanan abah selama along berbulan2 admitted kat HKL due to brain tumor. Sampai sekarang angah masih sebak setiap kali teringat masa angah tunggu along kat ward dulu, bilamana dari tingkat atas tu angah tengok abah saggup tido  kat kaki lima berbumbungkan langit dan berselimutkan embun pagi. Angah tanya knp abah tak tido kat surau je? alasan abah, surau tu jauh. Abah takut nanti kalau ada ape2 angah tak dapat nak panggil abah.

Terima kasih abah, sebab besarkan angah dengan pengertian sebenar kasih sayang, apa itu keluarga, pengorbanan dan kerana abah angah jadi manusia yang cekal dan tabah.

Terima kasih abah sebab masih mampu tersenyum pada hari-hari terakhir abah bersama kami, walaupun angah tau… abah sembunyikan kesakitan abah sebab abah nak kami gembira. Doc dah bagitau criticality condition abah. Tapi abah tetap terus tersenyum dan berseloroh.

Terlalu banyak peristiwa… terlalu sikit rasa nya ucapan terima kasih yang angah pernah ucapkan kat abah kan. kalau nak diucap kan sekarang kan, exercise book 80 muka surat penuh pun belum tentu cukup untuk mengcover 28 tahun yang abah korbankan untuk angah.

So u ols, sebelum terlewat.. sebelum terlambat.. ucapkan lah sebanyak2 nya. Days in days out, biarkan perkataan terima kasih dan maaf sebagai routine. Tak salah pun.. sok sok takde la menyesal and tetiba kata.. aiseh! aku lupa nak cakap terima kasih lah.

Ucapan terima kasih paling kerap dan ikhlas aku terima, that always make me smile is from my 2yrs old boy. “Tenkiu oye” (thank you bonda).

Eh aku terlupa nak say thanks to my officemate sbb bawak aku kuar gi lunch tadi lah? K lah aku nak gi carik dia now to say thanks before we clock out.



Nota tumit tinggi: Setiap kali aku teringat pada abah, telinga aku terdengar2 rangkap lagu adibah Noor.. dan kompim bikin air mata aku menitik.
“Kau terlalu istimewa, kasih dan sayang mu terpancar, seikhlas tiada batasan terus membara”

3 comments:

  1. Teringat pada arwah abah saya! Terima kasih abah!! Terima kasih MDD!!

    ReplyDelete

Nak joen gak: