Jan 5, 2011

Selit dan Sorok





Yer anak bujang yang bijak nih in the mood of main selit dan sorok. Seme rete benda aku dia nak main nak sorok nak selit. And banyak la pulak tmpt persembunyian dia yg slalu aku gagal nak kesan.

Dua hari lepas Menanah aku carik kunci rumah masa nak off to work. Aku rasa dia  main kunci tu dlm kete, tapi sumpah aku carik tak jumpa. Then hubby aku kata takpe lah, nanti dia hide his key somewhere before he left to work. Then ok lah, mlm tu sampai umah pas amik anak aku  masuk umah guna kunci dia lah. 

Then that night after, disebabkan kelalaian aku gak nyaris2 laki aku kena tido kat luar. henpon aku habis bateri and lupa pulak nak charge, pastu dgn rumah terkunci padu,  leh nya aku ngan nak darat dan nak teruna tido tak sedo diri kat bilik atas. Hubby aku balik pkul 1 pagi,  dia call tak dpt , dia panggil aku tak dengar, dia bagi salam aku tak jawab, dia ketuk pintu seme lah tapi aku siyes tido mati.

yang aku tau tetiba je dia kejut aku. Tegak2 gak bulu roma aku tetiba dlm gegelap ada orang raba2.. muehehehehe... soklan yg terpacul dr mulut bila aku sedo tu dia 'Ehh camne abg masuk rumah????".. dlm dok tenyeh mata tu teraser memang meremang gak bulu roma huhuhuh.

Upenye dlm dah try macam2, dia teringat yg kunci hilang dlm kereta. Haaa time ni lah mesti dia berterima kasih la sangat kat wife dia ni yg manjang terlupa kunci pintu kete (kete burukkkk.. sape nak curikk kannn!!). And by his luck memang dia dpt cari kunci tu. Kalau tak memang sampai pagi la kau tido disitu. Dan sape yang bakal terase bersalahhhhh sampai malam jumaat??? aku la jugak.

Then mlm tadi punya cer pulak.. tah bila tah anak bujang sempat kuarkan wallet aku dari handbag and main sorok lagik dlm kereta. Serabut la aku bila perasan wallet takde, puas carik tapi tak jumpa. So just make conclusion ive dropped it somewhere lah kot. huhuhuhu... meracau kau...

Mlm tu gak kensel segala jenis card hutang, card atm, jusco card (erkk) etc. Tapi as usual Subhanaullah aku bila hilang barang aku jadikkan "Innalilahiwainnailaihirajiun" sebagai zikir kat mulut ni sampai la aku tertido. Again, macam masa kes aku misplaced camera haritu, Allah tunjukkan wallet tu dlm mimpi.Mean wallet tu ade lagi dedekat aku jer. Tak g jauh.

Pagi tadi before left to JPN and banks.. masa aku tgh dok belek muka anggun ni depan cermin, tetiba hubby hulur salam. Slalunya mang nak kuar umah we all salam and comolot dulu.. tapi ni aku siap pon  x lagik tapi dah ajak bermaaf-maafan, tebiat ke? nak bermaaf-maafan kena la muka cun dulu kan. Well tapi aku ttp layan kan jugak lah (mithali kan uhuk uhuk). dia mintak aku ciom tangan 3x.. 5x aku ciom. Dia mintak ciom pipi 10x, aku ciom 20x (ok yang ni exaggerate lebih jer).

Patu tetiba dia hulur wallet aku kat aku... Wallahhhh! terus aku raser nak dokong je laki aku yg setinggi dan sehensem shah rukh khan versi bangla nih. Rupanya dia balik mlm tadi dia teringat sal anak bujang dia yg suka selit2 barang kat tmpt tersorok dlm kereta. So dia terus carikkan.. and Alhamdulillah jumpa. Sujud syukur kau!! Dah la ganti mykad lebih 2x skang compaun 3rat. Patu dibuatnya lambat siap, massakkk aku nak gi trip to oversea ujung bulan nih.Tah mana tah anak bujang sowang ni selit kan wallet aku tu kali nih.

Jangan tatau haritu (eeeuuwww ayat kaknam!) masa aku tengah tido meniarap kat bilik, tetiba dia datang sambil bawak pempes dia sekeping suwoh aku angkat bontot. Nak pakaikan aku pempes katanya. Time tu aku tgh mamai, malas ler nak melayan... tapi bila aku terjaga, memang terselit pempes tu kat celah bontot aku. Oh sungguh lah bertuah punya anak bujang kan.


No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: