Feb 9, 2011

Anak Dara vs Mak Dara

Bila kaki melangkah masuk opis, tersengeh2 muka sowang abang dispatch kat depan pintu tu.. lantas menegur aku "wah ko m*y*. Jalan macam anak dara." errkk.. lantas mulut capul aku menjawab laju. "Nape? anak dara ngan mak dara jalan lain2 ke? Dah jadik mak dara kena jalan bersepah ke?".. tersengeh abang tu menjawab.. "Takde lah, tapi *sambil menunjukkan thumb up*".. dalam hatiku "what the fish lah kau bang?"...

Teringat aku satu peristiwa..

Tinggg... pintu lif terbukak didepan muka aku (woaaa! siap ada sound effect tu). Kreaookkk! aku bukak pintu ke Admin ofis tingkat 2. Letak document kat meja sipulanah bt sipulanah.. tetiba masa nak kuar tu ada seorang kakak (baca:makcik) tegur. "Laa ko ke m*y*. Akak ingat sapa la tadi".. "Iye saya, akak dah tak kenal saya ke". Pastu.. "Takde lah.. ingatkan sapa, dressing macam anak dara"... dengan intonasi yang agak sinis dan kejam. Pastu di sambung pulak oleh seorang kakak lain (baca: makcik jugak).. "Dressing mcm tu selalu anak dara je yg pkai".. Sambil tersenyum hell dihujung bibir yang cebik.

Tetiba jer mulut aku lancang je nak menjawab sambil sebelah kaki dah keluar pintu.. "Yelah takkan la mentang2 dah anak dua dressing trus nak macam makc**2".. tertelan pulak word hujung tu, sbb kesian takut ada yg tersentap.

Nak tau apa aku pkai haritu? Aku pkai slim cut slack-pant with 2 piece long blouse yg a bit body hug with belt and shawl. Tu jeeeee.. okkk!!! obviously, yg aku tak paham. Ate dah anak dua, aku tak leh ke nak pasang badan, pkai cantik2 still. Takkan nak berbaju berkelambu macam nenek2, pkai mcam kain kaftan (baca:kafan) bila nak gi opis.. hadoooiii!!!! Anak dara ke mak dara ke jiwa aku masih sama.

Mak dara pon nak rasa dan kelihatan chantekkk hokeiii. Bukan anak dara je nak cantik. Mak dara pn suka kelihatan cantik sebab bapak dara tak suka mak dara kedabab dan bawak rupe keperap je. Bila teraser cantik (baju yg cantik lah! oh!) baru la kompiden sket nak bekerja dengan orang.






2 comments:

  1. hohoho..saya pun tak suka org bg komen mcmtu...tapi org2 macamni dewang mmg akan sentiasa komplen itu ini..macam dewang perfecto sesgt :)btw..salam kenal :)

    ReplyDelete
  2. Thanks..salam kenal. Eh chup u hubby is Amir yang dulu kat Guper tu ke? PKDP?

    ReplyDelete

Nak joen gak: