Mar 15, 2011

Short form - bila dah terlebih nak fun dan lain dari yang lain

"Bahana nak terlalu terasa fun.. maka jadi gedik munyiknye. Oh sungguh kurang memuaskan"

Tau kenapa aku tulis cenggitu? Atenye sekrg ni dah terlebih sgt orang menggunakan short form. Kalu kat sms tu kira aku ada adab lagi la nak accept. Tapi bila kat fb kat email pon kowang nak bershort form sampai tak paham orang nak membacanya, tu mmg layak kena carut lah. Menate beruk!

Kalu dulu.. Apa pun jadi pepon.. skang dah jadi Peporn. Ape ke porno sgt nak menyingkat2 bahasa ni. Ade tu sekali adik aku bujang aku dok balas msg aku kat fb dengan ayat yang lebih kurang cenggini lah " itu porn sama"... seb baik la dia bukan depan mata, kalu tak mmg dah aku siku perut dia. Merayu aku kat adik aku "tollonggg lah jgn sebarkan kebodohan ko pasal bahasa kat orang len. Jgn malukan ahkak ko ni ok!" jawapan dia tu lah.. just for fun. Fun tengkurak hang!

Nak shortform tu yang biasa2 udah ler. Contohnya.. yg, skrg, blm, smlm, blik, tmn, skul, otw.. semua tu masih mudah dan masuk dek akal lagi. Tapi ni bila  shrtform pun dah lebih teruk dari long form nya.. itu bukan fun, gedik santai pon tidak. Tapi vongok tahap maharaja!

Antare yunk aq pnh jmp (antara yang aku pernah jumpa)

Awks (awak? awek? awik? awwww???)
bowink (boeng? bowling? oooo boring.. kan ke 5 huruf gak tuh? haisshh!)

woff... (anjing menyalak ape ke. off ejanya O.F.F.. ape kejadah tambah w tu.. nak lempang bley?)
korunk: kurung ke? korang wak lu!
Aq: alah kalu malas nak eja aku guna je perkataan "I" lagik short kan kan kan..
Pown/porn: Cam hareeemmm.. pun kan 3 huruf je.

ah sket je la dulu, panjang2 kalu  lagi bikin panas je!




No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: