Oct 27, 2011

Silent is the King, but Sorry is the Kingdom

“Silent is the King, but Sorry is the Kingdom”.
Berdiam itu baik tetapi memohon maaf adalah lebih mulia dari diam yang enggan.

Diam Istiqamah
Yang dimaksudkan dengan Istiqamah secara prinsipnya adalah menempuh jalan agama tanpa berpaling dari kepatuhan diatas perkara iman, akidah dan amal
.
Orang yang diam dengan istiqamah ni secara normnya dia hanya akan bercakap bila perlu dalam menjalankan tanggungjawabnya dan menyampaikan kewajipannya sbg seorang muslim. Selebihnya adalah perbuatan sabar dan istiqamah dalam mendidik aqidah sendiri dan yang disekitarnya, keluarganya dan anak-isterinya. 

Diam Ubi
Tinggi pengetahuan banyak pengalamannya, yang diamnya adalah disebabkan dia berfikir. Diam-diam ubi berisi.. senyap je tapi keje settle marvelously. Bak kata peribahasa lain duduk seperti kucing, melompat seperti harimau.

Diam besi/penggali
Diam besi/penggali, berkarat. Samada diam kerana bodoh, atau diam sbb kedekut ilmu. Ilmu yang tak dia amalkan atau tak disebarkan lama-lama akan hilang umpama besi yang di makan karat dan lebur.

Diam di laut, masin tidak. Diam di bandar tak meniru
Orang yang  tak ambik pusing tentang apa yang disekitarnya, apa yang di beritahu kepadanya, tanggungjawabnya dan apa yang penting untuk dirinya atau sekitarnya. Sebaliknya dia lebih selesa diam dan tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik. Orang tegur ke, orang marah ke, orang suruh ke, dia buat diam je. Orang2 macam ni adalah terdiri dari mereka2 yang boleh diharapkan dalam memakmurkan mergastua di hutan.

Diam-diam lionfish
(sila cek kamus. Ahkak pon tak pasti ikan lionfish dlm bahasa melayu dipanggil ikan apa)
Orang yang diam ala-ala lionfish ni nampak harmless . Tapi jgn ingat orang mcm ni tak menyengat. Kalau Jambu tu muka lagend hati kiut, orang yg diam2 lionfish ni muka kiut, tapi kuku jarinya runcing sbb selalu gi pedicure and manicure… errkkk.. relevant ke?

Diam Kelong
Orang yg dengan selamba badak jer buat diam bila dia pinjam duit orang tapi bila smpai masa nak bayar dia buat muka tak relevant jer dengan hutang tu. Mintak tangguh tidak, bayar pon tidak maaf pon tidak. Pura-pura buat lupa dengan harapan orang akan lupa hutang dia tu. Pastu orang mintak dia bayar hutang macam orang tu pulak yg berhutang dgn dia. Orang macam ni dipanggil orang yang diam kelong  sebab olayaknya kelongkang je.

Diam Pendam diam Padam
Orang yang suka memendam je, simpan sorang2 je biar pun kena buli or kena maki dengan harapan semua tu akan berlalu je later on. Orang yg mcm ni bahaya siket, coz kalau yang dia pendam tu padam ok gak. Kalau tak padam2.. contohnya macam banyak kes2 terbaru kat sokkabo nowadays, umur 15-16 tahun dah mengandung mak bapak pun tak tau. Alih2 lepas yang dipendam 9 bulan tu tak leh pendam lagi dah, tak pk panjang dah cuba padam je. Tu yang jadi kes anak flush dlm toilet lah, campak dari tingkat bangunan lah, kelar anak yg baru lahir lah.. hhuhuhu.. sadis kan.

Diam Raja
Orang yang diamnya sebab tak suka diarah tak suka diperintah tak suka diatur. Sebaliknya dia sorang yg nak mengarah, dia sorang yg nak perintah, dia sorang yg orang lain kena patuh. Tapi macam raja lah.. dia arah je, orang lain yg kena buat. Dia tau YES and No je. selebihnya bak kata Nabil... lu pikir la sendiri!

Dikulum menjadi manikam, diludah menjadi sekam. Yes, diam itu lebih baik daripada berkata-kata. But jangan takut untuk berjalan perlahan-lahan, seharusnya takutlah untuk berdiri diam-diam. Kerana diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia.

Senyum tak perlu kata apa-apa…..



No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: