Feb 9, 2012

Isteri Akhir Zaman


Ya Allah Ya Rab..

Sukar menjadi isteri di akhir zaman
Air mata menjadi wali, 
Kesunyian hati menjadi suri
Hilang sudah Solehah
Pupus sudah Muslimah
Sudah lenyapkah haknya disana?

Mencari rezeki itu menjadi wajib baginya
Mendidik diri itu wajib baginya
Menyediakan makan, minum
Tempah berteduh juga wajib baginya
Melengkapkan ilmu zuriat2nya juga wajib baginya

Menyokong suami adalah tanggungjawabnya
Nafkah zahir dan batin menjadi kewajiban bagi dirinya
Memimpin keluarga juga menjadi tujuannya
Mengurus rumahtangga tergalas dibahunya

Tanpa dikembalikan sayangnya

Tanpa dikembalikan haknya

Dan darinya dituntut taat
Dan darinya dituntut hormat
Dan darinya dituntut keikhlasan

Cukup sukar menjadi isteri akhir zaman....





No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: