Apr 23, 2012

Mungkin sebab....


Mungkin sebab zaman ku dulu zaman sukar..
Aku dididik tidak meminta-minta, hanya berdiri diatas usaha
Aku diajar untuk memberi untuk sama berkongsi rezeki
Bukan berharap pada manusia yang berkuasa
Tapi hanya pada yang Esa
Kerana tiada satu titis rezeki pun akan sampai kepadaku
Tanpa izin-Nya…

Mungkin zaman ku dulu bukan zaman percuma
Bersekolah dengan apa yang ada
Belajar tanpa ada belanja
Apetah lagi biaya dari pihak mana-mana
Tak lain dari kederat usaha ayah dan bonda
Tapi Alhamdullillah tiada sekelumit pun rasa kecewa
Kerana rezeki itu Allah juga puncanya…

Mereka bukan tuhan, begitu juga kita
Andai kita kata mereka belum tentu adilnya
Belum tentu adil juga kita
Andai kita kata jahatnya mereka
Adakah kita tak jahil untuk menghukumnya
Andai kita kata mereka belum tentu syurganya
Apatah lagi kita… belum tentu syurga sebelum mereka..


 

1 comment:

  1. wow...mmpu menyentapkan org yg mmbacanya..

    nice..!!

    ReplyDelete

Nak joen gak: