May 4, 2012

Pro-Wasatiyyah (Pro-Moderation)

Bersih 3.0 pada 28.4.2012 dah berlalu. Tapi waves dia belum betul2 hilang as saban hari ada saja berita pasal Bersih 3.0 flooded my fb's newsfeed. No I'm not against anti-corruption, I'm not pro-government, not even a penyokong tegar opposition.

My first impression of Bersih 3.0 was GOOD. Well haruslah menyokong anything for good cause right. Nape nak bangkang pulak. Macam kempen sayangkan bumi, kempen earth hours etc. Kalau semua kempen tu boleh kita sokong kenapa Bersih 3.0 harus aku tolak???


Aku rasa tak salah aku menyokong 8 yg dituntut dalam Bersih 3.0, tak kisah la sapa pengasasnya sekalipun :

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Tapi.. chupp jagan speculate dulu! Sokongan aku tu hanya untuk DUDUK, BANTAH dan tidak melibatkan mengganggu kawasan awam yang tentunya dibenarkan oleh pemerintah. Bukan kerana mengikut telunjuk pemerintah membabi buta. Tapi lebih kerana ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB DAN HORMAT. Kalau mahukan tuntutan dihormati, kenalah tunjuk kan sikap yg menghormati jugak. Barulah org pandang tinggi apa yg kita buat. Kalau buat perangai sampah, tentulah apa yg kita mintak pon org nampak sampah jugak. Tak gitu?

Kalau sokong, kenapa tak join?

Sebab dari awal dah terbau2 agenda politik disebalik Bersih 3.0. Dan apa yg terlintas dibenak aku memang2 berlaku. Aku tak nak politik rosakkan hati aku, politik rosakkan silatturahim aku sesama manusia, politik yg boleh buat aku lupa atas dasar apa yg selama ini aku percaya.

Kata sokong Bersih 3.0 kenapa tolak pembangkang?

Sebab usul perjuangan Bersih 3.0 bukan perjuangan politik... tapi di politikkan kerana kepentingan.

Kalau marahkan pijat kenapa perlu kelambu nak dibakar. Pemerintah juga manusia, pemimpin juga manusia. Rakyat juga manusia, polis juga manusia, pembangkang juga manusia. Semua tak lari dari khilaf, semua tak sempurna, semua punya nafsu sdr untuk di jaga. Pemimpin sekarang dan pembangkang sekarang dan termasuk aku juga, tak lari dari menyelitkan agenda untuk diri sendiri juga dalam apa suasana. So I take it "Known devil is better then unknown angel".


Tapi pembangkang memperjuangkan Hak Rakyat!

Persoalannya.. hak yang mana??

Aku malu nak melaungkang "Kembalikan Hak Rakyat".. kerana persoalan ni bermain dalam benak aku sendiri...? hak apa? hak yang mana? apa yg dah aku bagi sampai aku rasa layak meminta-meminta? Minta yang pasti hanya dari Allah bukan dari sesiapa. Aku bayar cukai tak sampai 3k setahun pon, and baru start bayor beberapa tahun kebelakangan ni jer. So aku malu nak claim petronas tu hak  rakyat, hak aku, duit bina Putrajaya tu duit aku. Yang aku pasti duit aku cuma, dari rezeki yang Allah pinjamkan untuk aku secara direct melalui kerja-kerja yang aku usahakan sendiri, dan indirectly melalui  ketenangan hati, keluarga, anak-anak, kesihatan etc.

Siyes aku malu nak kata, duit gomen tu seme duit aku. Sedangkan usaha aku tak banyak mana pon. Dapat pgi keje balik keje atas jalanraya yg selesa, dulu sekolah pon bayo berapa sen je, gi hospital gomen bayo sikit jugak. Tu semua pon aku rasa dah lebih dari cukup dah. Korang tak malu ke?  Aku malu. Bukan malu pada pemerintah... repeat BUKAN MALU PADA PEMERINTAH... tapi MALU PADA ALLAH! sebab rezeki aku Dia dah bagi secukupnya dan selayaknya dgn usaha aku. Aku malu dan takut jadi kufur nikmat kat sisi Allah.

Kalau derang nak kaya cara salah? perlukah aku pon nak senang dgn cara salah. Untuk aku "tak perlu". Untuk korang aku tak pastilah.Tak luak kalau aku tak kaya raya macam derang, kalau hati tetap "lagho". Sememangnya aku tolak rasuah etc etc.. tapi tak menjanjikan bila aku maki derang, aku aibkan derang.. still aku masuk syurga sebelum derang kan. Dan tak menjanjikan gak aku masuk syurga sebelum korang kan.

Dan pernah ada yang berkata "Bukan ke perkara2 ni akan di tanya di Akhirat nanti, maka kita kena lah berjuang untuk Islam"

Perkara yg mana? yang fitnah? yang tak pasti? yang diluar capaian akal aku? Aku yakin Allah akan lebih dulu tanya solat aku, tanggungjawab aku terhadap Allah, terhadap amanah-amanah aku., sebagai mana pemimpin2 yang kita rasakan salah tu akan di persoalkan gak nanti. 

Allah tak meletakkan sesuatu diluar keupayaan makhluknya kan? Yang tersembunyi, yang ghaib yang kita tak nmpak tu, yang diluar ilmu kita tu adalah kerja Allah. Menghukum tu biarkan lah kita berserah pada yg ilmu. Kalau gagal kita lihat pada ilmu manusia,  apa nak takut.. serahkan bulat2 pada pemilik segala hukum.. tentunya Allah swt sahaja yg selayaknya.

Dan rezeki tu bukan untuk diharap dan diminta-minta dari sesama manusia. Hanya Allah satu tempatnya, takde yg dua atau tiga. Kalau tanpa izinnya.. sekuman pon takkan sampai ke kita.

Taksub tak membantu dlm apa keadaan pun, tapi lebih menjahanamkan. Kerana Islam datang sebagai agama yang bersederhana dalam menumpukan matlamat akhirat dan meraikan kehidupan dunia.


Above all, dengan iman senipis kulit bawang ni wasatiyyah lah manhaj yang tepat dan paling selamat, bukannya rahbaiyyah,  bukannya duniawi yang menghalal serta mengharamkan apa sahaja mengikut selera manusia. Kerana aku berpegang tiada dalam Islam matlamat yang menghalalkan cara.



No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: