Oct 1, 2012

Selepas bajet 2013

Depa kata: Bajet 2013, pekerja sektor awam je happy 
Aku kata: Eh aku ni yg dari dulu sampai sekarang, dari bekerja bergaji ikot jam sampai la ni gaji tetap...aku happy jer. Happy for, sedara mara, jiran2 , kenalan, teman2 memana yg koje ngan kerajaan.Happy pada rezeki aku sendiri.

Depa kata: Bajet x mesra rakyat. Harga gula naik 20 sen 
Aku kata: Bagus la, kurang sket warga potong kaki sbb kencing manis pas ni (kot ye?) 

Depa kata: Bajet pancing undi je ni. 
Aku kata: Allah bukan ke korang yg mintak nak seme mkn tanggung. Pancing2 pon korang sebat jugak. Tak malu ek? 

Depa kata: Belanjawan negara dah defisit, lg nak tabur duit. 
Aku kata: Hoi! Tau pon defisit. Dah yg korang ske mintak sana free sini free, berhutang takyah bayar, nak seme benda kerajaan subsidi tu kejadah mende? Haisshh..

Depa kata: Janji dicapati..
Aku kata: Capati2 pun korang bedal jugakkk itu capati sampai bersih.. Siap pasang PHD pada bahagian orang lagik....

Depa kata: Mana adil, kena bagi sama-rata
Aku kata: Allah dah cukup adil, rezeki tu hanya Dia yang punya kuasa. Dia tau mana yang lebih baik untuk kita.


 

No comments:

Post a Comment

Nak joen gak: