Skip to main content

TIP RANCANG KEWANGAN: 7 Sebab Kenapa Perlu Simpan Sebelum Belanja

(photo from Google)
Kita selalu dengar, kerap sangat dgn pepatah "Save before you Spend", simpan sebelum berbelanja. Dan tentulah kita tahu itu memang cara terbaik dalam pengurusan kewangan.
Tapi macam biasa, godaan kat luar tu bermacam-macam dan adalah penting untuk kita selalu ingatkan diri sendiri so that tak jauh menyasar dalam sedap berbelanja. Bila duit dalam tangan, semua benda jadi penting dan perlu. Tapi bila tak ada, tak pulak kita meroyan macam tu kan kan kan.Tabiat atau lebih sedapnya tebiat berbelanja melebihi keperluan ni bukan masalah 1 orang tapi ramai dalam masyarakat kita menghadapi masalah ni, especially bilamana kita hidup dizaman semuanya dihujung jari.
(photo from Google)
7 SEBAB KENAPA KITA PERLU SIMPAN SEBELUM BELANJA

Jom kita beri perhatian kepada 7 perkara dibawah, alasan-alasan kukuh kenapa kita kena lebihkan simpan sebelum belanja?

1. Jimat duit baik untuk kesihatan
Duit memang tak boleh beli kesihatan, tapi kalau poket kita sihat, kita dapat capai sesuatu yg dipanggil Financial Security yang sememangnya banyak kesan positif terutamanya pada emosi dan kesihatan mental.

Mereka-mereka yg ada simpanan akan lebih bahagia dan lebih rasa selamat berbanding mereka yg dok perabih duit lebih dari kemampuan. Since keseronokan berbelanja ni sekejap je, esok-esok duit tak cukup mula la stress, depress, sakit kepala, sakit belakang dan macam-macam lagi penyakit akibat dok risau duit tak cukup. Lagi pulak kalau berbelanja tu semua secara kredit.. lagi la sasau nak fikir macam mana nak settle hutang kredit.

Bila kita menyimpan sebelum berbelanja, kita bukan sahaja melabur pada kewangan kita tapi pada kesihatan tubuh dan mental.

2. Kawal Kewangan Anda untuk Financial Freedom
Jika kita boleh merancang perbelanjaan sentiasa kurang daripada pendapatan, kita sebenarnya dah berada dijalan yg betul untuk capai kestabilan kewangan (Financial Freedom).

TAK MERANCANG merupakan kegagalan penting dalam mencapai Financial Freedom. So pastikan kita ada letakkan peraturan pada diri sendiri dalam setiap keputusan kewangan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Kalau kita dah biasa mengatur kewangan, dan IKUT apa yg kita atur tu insyaallah kita dapat kurangkan impact/kesan kejutan-kejutan buruk sekiranya berlaku ataupun kejutan ketika terima bill ataupun penyata kad kredit hujung bulan.

Jangan biarkan faktor-faktor luaran yg boleh kawal tapi dok menguasai kewangan kita (i.e: shopping online). Kalau belum bermula, its about time untuk kita ambil alih. Our money is for us to decide.

3. Keperluan untuk masa-masa kecemasan
Berapa banyak simpanan kecemasan kita? 6 bulan gaji? 3 bulan gaji? sebulan gaji? ke, amende simpanan kecemasan tu?

Takde sapa pon tahu apa akan jadi esok hari, kan. Bukan je esok hari, seminit lepas ni pon kita tak leh andai apa akan berlaku. Mungkin kita boleh hilang kerja, jatuh sakit, tetiba mengandung ke haha, or tetiba kereta rosak. Benda-benda ni kalau nak jadi dia jadi je, dan of course perlukan duit kan. So simpanan kecemasan ni la dikira safety net untuk kita gunakan. Kalau dah tak ada, nak cekau kat mana pulak?

Simpanan kecemasan merupakan satu bentuk insuran yg kita cipta untuk diri kita dimasa-masa tetiba things don't go as we planned. Kalau pon tak besar pon takpe, tapi kena mulakan ada simpanan kecemasan ni, contoh nya mulakan tahun pertama cuba capai 1-2 bulan gaji emergency savings. Naikkan dan lebihkan jumlah simpanan bulanan setiap bulan sampai kita dapat capai apa yg kita nak capai. dari 1 bulan smpi lah ke 6 bulan gaji.

Bila kita ada simpanan kecemasan yang cukup, kita punya masa untuk fokus pada penyelesaian masalah dgn lebih baik berbanding dok risau mana nak fikir pasal duit, mana nak fikir nak settle masalah.

4. Menyimpan satu kepuasan, hasil simpanan satu pencapaian
Biasa dengan pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" memang betul sangat lah. Tak perlu nak elaborate panjang, tapi pastinya bila kita dapat simpan duit, tgk duit tu makin lama makin bertambah dalam akaun, kita akan dapat satu rasa kepuasan. Rasa macam satu pencapaian sbb boleh save money for future use. Puas dapat capai financial freedom. Seronok bila ada financial security.

5. Kerugian berbelanja dengan kredit
Melainkan kita boleh pastikan kita dapat bayar penuh hutang kad kredit secara penuh setiap bulan, cubalah untuk tak bergantung dengan kad kredit. Tau tak interest rate dia bermula dari 13% dan boleh mencapai 17%. Simpanan ASB pon baru bagi 6-7%, kenapa kita sanggup nak bayar interest kat bank berlebih-lebihan.

Ini sesuatu yang baru saya kongsikan dengan seorang sahabat, antara sayangkan simpanan ASB ataupun "Sayangkan" Bank? Saya sarankan dia untuk keluarkan simpanan ASB dia untuk selesaikan hutang card credit yang pastinya lebih tinggi interestnya. Duit yang digunakan untuk bayar hutang card credit tu boleh disimpan didalam ASB setiap bulan for a better return. Sayang kan 6-7% return ASB? Tapi sampai bila nak terus bayar interest card credit yg hampir 2x ganda dari dividen ASB?

6. Simpanan menjana duit lebihan
Simpan duit, depositkan dalam akaun simpanan berbentuk pelaburan seperti Unit Amanah, Public Mutual, ASB ataupun habis cikai kat akaun simpanan tetap, sedar tak sedar simpanan tu compounding, berkembang. Bermula dari sekecil 3 % keuntungan dividen dari simpanan tetap, ataupun simpanan Unit Amanah yg boleh mencapai 6-16% kadar keuntungannya, tanpa perlu buat apa-apa, duit kita akan bekerja keras untuk berkembang.

Yang paling baik apabila kita pilih simpanan pelaburan jangka panjang, dengan konsep yg sedia ada secara tak langsung dapat menjamin keuntungan pelaburan yg berlipat ganda. Sapa sangka dengan  mengaplikasikan RULE 72 simpanan kita mampu bertambah sekali ganda dalam tempoh2 simpanan tertentu. Maka, kenapa masih tak mahu menyimpan?


7. Dapat mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat
BIASAKAN YANG TIDAK BIASA. Bila kita biasakan untuk menyimpan sebelum berbelanja, simpan secara tetap setiap bulan dengan disiplin, pastinya kita mampu untuk capai sasaran kewangan dengan lebih cepat.

Setiap dari kita mungkin ada sasaran-sasaran yang berbeza seperti nak kumpul aset, nak beli rumah, simpanan pendidikan, simpanan pembelian yang lebih besar atau apa saja. Tapi walau apa pon sasaran kita, bila kita ada disiplin dalam pengurusan kewangan, kita mampu mencapai apa saja goal/objektif kita.

Bila kita simpan sebelum berbelanja, kebaikan ketara yg akan dapat kita rasai bukan saja pada isi poket, tapi kita akan lebih bahagia, sihat, dan dapat tidur dengan tenang, knowing that kita dah berjaya mencapai kestabilan kewangan.

Capaian rujukan: https://www.moneynuggets.co.uk/save-before-you-spend/

Comments

Popular posts from this blog

TIP MERANCANG KEWANGAN: Unit Amanah - Cabang simpanan/pelaburan mudah

Walaupun dizaman teknologi dimana semua informasi mudah dihujung jadi, tapi ternyata masih ramai lagi yg tidak tahu atau skeptikal bila perkataan PELABURAN disebut. Kenapa? "Aku takde duit la nak buat modal" "Susah la, tak pandai!" "Rumit lah, banyaknya nak fikir" "Ekonomi teruk, kompom rugi" "MLM ke?" "Ape tu? LABUR? nama kuih ke?" Bila sebut labur ramai lagi yg membayangkan kita kena keluarkan upfront modal yg besar dan risikonya sama ada untung besar atau rugi besar. Kalau anda masuk kategori yg muncul dengan soalan-soalan diatas, pastikan anda baca artikel ni sampai habis. Simpanan Pelaburan Unit Amanah Selain dari pelaburan Hartanah, Stock Trading, Simpanan ASB dan Emas, pelaburan Uni Amanah merupakan 1 lagi cabang mudah dan popular untuk mendapatkan pendapatan pasif jangka panjang dengan purata keuntungan simpanan antara 3%-13% setahun bergantung kepada portfolio dana yg kita pilih.  D

5 Steps to Healing Your Financial Regrets

Well, we all make money mistakes. And on top of our mistakes, we feel horrible about them. Do you struggle with being critical of yourself over a money mistake? Are you plagued with regret over what you did- or didn’t do? Do you keep thinking and thinking and thinking- swirling in a circle—wishing you’d done things differently? To compound our woes, we rarely talk about them. When we make relationship mistakes, we often hash over the “I can’t believe I did that”. But when it comes to money, we can be extremely self-critical—suffering pangs of regret and remorse- replaying our money mistakes over and over in our head– mostly in isolation. Here is how to heal. 1. Talk about it!  And name the regret.  We all know that speaking our truth heals, so get clear about the regret… and tell someone. Whom do you trust with your regret? Who would not judge you but would simply listen and love you anyways? Be specific about what you regret. “I regret incurring that RM23,000 i

Kemana Hasil Harta kita?

Kenapa tak nak tambahkan pendapatan pasif? "Cukuplah tu, nnti banyak-banyak kumpul ntah sempat aku rasa ke tidak". Jawapan cliche'... Adakah cukup smpi hujung usia kita jadi orang yg "Miskin"? Bukan miskin tak berharta, tapi tak punya harta untuk diamanahkan, untuk di infakkan. Harta cukup-cukup untuk sampai kita mati sahaja. Cukup ke? Apa kata kita sama-sama tukar objektif kita... Gandakan usaha sehingga kita layak berzakat. Kembangkan simpanan, supaya banyak lebihan untuk diinfakkan bila kita meninggal dunia nanti. Untuk apa jadi si kaya yang miskin...